Covid-19: Angka sembuh harian tertinggi hari ini, kes baharu kembali tiga angka

0
123
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negara hari ini mencatat kes sembuh harian tertinggi apabila sebanyak 2,348 kes dilaporkan sebagai telah pulih daripada Covid-19.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh daripada pandemik ini kepada 46,501.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), angka kes baharu turut kembali turun kepada tiga angka hari ini, apabila sebanyak 970 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 965 kes merupakan penularan tempatan, manakala 5 lagi adalah kes import.

Negeri tertinggi dengan laporan kes baharu hari ini adalah Negeri Sembilan dengan 318 kes, diikuti Sabah dengan 293 kes, dan Selangor dengan 118 kes.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 59,817 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 12,971 kes yang masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat wabak ini turut bertambah kepada 345 kes, apabila terdapat 4 kes kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here