Covid-19: Enam kluster baharu, 8 kematian

0
125
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 972 kes positif Covid-19 baharu direkodkan sehingga 12 tengahari tadi dengan enam kluster baharu di lima buah negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 41,181 kes dengan 11,308 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Sementara itu katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kluster baharu di Sabah iaitu Kluster nahaba di Kota Belud dan Kluster Numbak di Kota Kinabalu.

“Di Selangor, Kluster Perigi dikesan di Klang melibatkan 39 kes positif manakala kluster baharu di Kuala Lumpur adalah Kluster Seri Terapi di Kepong dan di Alor Gajah, Melaka.

“Di Johor, Kluster Padang direkodkan melibatkan daerah Kota Tinggi dengan kes indeks bagi kluster ini daripada kes ke-39,210,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Nor Hisham berkata, kluster terakhir direkodkan di Putrajaya dan Kluster Harmoni didapati lima kes dikesan positif Covid-19 dikesan hari ini.

Katanya, enam kluster baharu itu menjadikan jumlah jumlah kumulatif kluster dalam negara adalah sebanyak 156 kluster dengan 45 daripadanya masih aktif.

Tambah beliau, terdapat 8 kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 294 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here