Covid-19: Hampir 1 juta rakyat China terima vaksin Sinopharm

0
85
LIU JINGZHEN

Sichuan, CHINA – Hampir 1 juta rakyat China telah menerima suntikan vaksin eksperimental Covid-19 yang dihasilkan oleh Kumpulan Farmaseutikal Kebangsaan China (Sinopharm) di bawah satu skim kecemasan negara.

Menurut laporan The South China Morning Post, perkara tersebut didedahkan oleh pengerusi syarikat tersebut, Liu Jingzhen.

“Dalam program kecemasan ini, vaksin tersebut telah diberi kepada hampir 1 juta rakyat China.

“Individu yang menerima dos tersebut tidak mengalami sebarang komplikasi serius, hanya simptom sederhana,” kata Jingzhen.

China dan Rusia, merupakan negara yang diketahui telah menggunakan calon vaksin Covid-19 yang masih dalam fasa ujian klinikal bagi memvaksin rakyatnya daripada wabak tersebut.

Vaksin buatan Sinopharm itu diberi kepada individu berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan, dan para petugas di sekolah, pasar awam dan pengangkutan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here