
SEOUL – Individu yang menghadiri upacara peringatan mendiang Pengerusi Kumpulan Samsung, Lee Kun-hee pada minggu lepas diarahkan supaya menjalani ujian Covid-19.
Menurut Reuters, arahan tersebut dikeluarkan oleh Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KCDC) berikutan salah seorang petugas media yang membuat liputan upacara tersebut disahkan menghidap wabak tersebut.
“Arahan telah dikeluarkan kepada kira-kira 1,000 individu berprofil tinggi yang hadir pada upacara tersebut.
“Walaubagaimanapun, belum ada kes yang disahkan positif ditemukan daripada ujian yang telah dijalankan setakat ini,” kata jurucakap KCDC, Kwak Jin.