Covid-19: Jumlah jangkitan di seluruh dunia cecah lebih 50 juta kes

0
133
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah pesakit Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 50 juta pesakit dengan Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Data Sistem Sains dan Kejuteraan, Johns Hopkins University, jumlah terkini jangkitan wabak itu ialah 50,052,204 dengan angka kematian mencecah 1,253,110 di seluruh dunia.

Di AS sahaja jumlah kes adalah sebanyak 9,879,323 dan 237,192 kematian manakala India menjadi negara kedua mencatatkan kes tertinggi iaitu 8,507,754 kes diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian.

Selain itu, negara lain yang mencatatkan lebih sejuta kes ialah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia.

Negara yang mencatatkan lebih 40,000 angka kematian pula ialah India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.

Sementara itu di rantau Asia Tenggara, Indonesia terus kekal mencatatkan kes positif paling tinggi iaitu dengan mencatatkan lebih 437,000 kes dan lebih 14,000 kematian.

Malaysia pula secara keseluruhan mencatat sebanyak 40,209 kes di seluruh negara dengan 11,689 kes aktif manakala kumulatif kematian ialah 286 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here