Covid-19: Jumlah kes baharu tertinggi direkodkan hari ini

0
139
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negara mencatatkan angka kes positif tertinggi dalam sehari, hari ini apabila sebanyak 1,755 kes dilaporkan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, daripada jumlah itu, sebanyak 1,752 kes adalah akibat penularan tempatan, manakala hanya 3 kes import.

Angka ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 38,189 kes.

Sabah masih melaporkan kes tertinggi dengan 1,199 kes, diikuti Pulau Pinang (192) dan Selangor (164).

Sementara itu, sebanyak 726 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikamn angka keseluruhan kes sembuh kepada 26,380 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,530 kes yang dklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 83 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here