Covid-19 : Jururawat sempat rakam video selamat tinggal sebelum meninggal

0
566

MEXICO –  Seorang jururawat yang bertarung nyawa akibat Covid-19 di Cuauhtémoc meninggal dunia beberapa jam selepas merakamkan video selamat tinggal kepada ahli keluarganya. 

Sergio Humberto Padilla Hernandez, 28, yang tercungap-cungap kerana kesukaran bernafas dalam rakaman videonya menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu. 

“Saya akan pulih dan akan kembali menjadi insan yang sentiasa bersama kalian. Saya selalu mencintai awak dan awak kekal di hati saya selamanya,’’ katanya. 

Hernandez bersama anak lelakinya, Sergio berusia lima tahun.

Berita kematian Hernandez itu menambah kedukaan ahli keluarganya selepas kematian kakaknya, Dolores Padilla Hernandez, 30 yang juga dijangkiti virus Covid-19 pada 8 Ogos lalu.

Bercakap kepada CNN, sepupu mangsa, Adalberto Hernandez berkata, seluruh ahli keluarga mangsa dijangkiti Covid-19 sejak awal tahun ini termasuk ibu, ayah, kakak kembar Dolores dan anak perempuannya.  

Menurut laporan Universiti Johns Hopkins, Mexico yang merekodkan lebih daripada 986,000 kes Covid-19 dengan 96,430 kes maut berada di tangga ke 11 negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here