Covid-19: Kes baharu kembali cecah empat angka

0
137
Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak 1,304 kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, angka ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 45,095 kes.

“Sabah merupakan negeri dengan bilangan kes baharu tertinggi iaitu 556, diikuti Selangor sebanyak 364, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 202 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut menambah, daripada bilangan kluster yang masih aktif, terdapat 3 kluster di Lembah Klang yang mencatatkan bilangan kes baharu yang tinggi.

“Tiga kluster tersebut adalah Tapak Bina Damanlela dengan 191 kes, kluster Hentian sebanyak 164 kes, dan kluster Perigi yang mencatatkan sebanyak 82 kes baharu,” tambah Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, sebanyak 900 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 32,969 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 11,822 kes yang masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 96 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 39 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut bertambah apabila terdapat satu laporan kematian dilaporkan berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di dalam negara kepada 304.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here