Covid-19: Kes baharu kembali kepada tiga angka

0
149
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 kembali turun kepada tiga angka, apabila sebanyak 660 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Kata Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi, daripada jumlah itu, 656 kes merupakan akibat penularan tempatan, dengan selebihnya adalah kes import.

Negeri Sabah mencatatkan bilangan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 387 kes, diikuti Selangor dengan 141 kes, dan Negeri Sembilan dengan 31 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes wabak ini yang dilaporkan di dalam negara kepada 50,390 kes.

Sementara itu, sebanyak 630 kes dilaporkan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 37, 254 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 12,814 kes diklasifikasikan sebagai masih akti dan mempunyai kebolehjangkitan, dengan kesemuanya sudah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 103 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 41 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 turut meningkat apabila sebanyak 4 kematian dilaporkan, dengan masing-masing 2 kes di Perak dan Sabah, menjadikan angka keseluruhan kematian kepada 322 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here