Covid-19: Kes baharu sedikit rendah daripada kes sembuh hari ini

0
200
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara pada hari ini adalah sedikit rendah berbanding kes yang diklasifikasikan sebagai kes sembuh.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,309 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, dengan hanya satu kes import.

Ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 64,485 kes.

Bagi kes sembuh, sebanyak 1,333 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 52,647 kes.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merupakan negeri dengan bilangan kes baharu tertinggi.

“WPKL melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes, di mana 473 kes adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan).

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes, dan Selangor sebanyak 238 kes,” kata Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan tersebut.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,481 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, 116 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 42 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

sementara itu, angka kematian turut mencatat pertambahan apabila 3 kes kematian baharu dilaporkan, masing-masing 1 di Sabah, Perak dan Negeri Sembilan.

Pertambahan ini menjadikan keseluruhan kes kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 357 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here