Covid-19: Kes sembuh kembali melebihi kes baharu

0
70
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Bilangan kes sembuh harian negara kembali melebihi angka kes baharu hari ini, apabila sebanyak 2,112 kes Covid-19 diisytiharkan sebagai telah pulih, hari ini.

Angka ini menjadikan angka keseluruhan kes sembuh di dalam negara kepada 54,759 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu bagi hari ini pula mencatat sebanyak 1,212 kes.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,203 kes merupakan kes penularan tempatan, manakala 9 lagi adalah kes import,” kata Dr. Noor Hisham sebentar tadi.

“Negeri dengan kes tertinggi adalah Selangor dengan 402 kes, diikuti Sabah dengan 326 kes, dan Negeri Sembilan dengan 141 kes,” tambah Dr. Noor Hisham.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 65,697 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 10,578 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 113 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 42 daripadanya diberikan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat wabak ini turut naik kepada 360 apabila sebanyak 3 lagi kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here