Covid-19: Kes sembuh melebihi kes baharu dua hari berturut-turut

0
70
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negara mencatat angka sembuh harian tertinggi buat hari kedua berturut-turut, apabila sebanyak 2,555 kes diisytiharkan pulih daripada Covid-19, hari ini.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 49,056.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 935 kes baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini, dengan 931 daripadanya adalah akibat penularan tempatan.

Sabah melaporkan kes tertinggi dengan 326 kes, diikuti Selangor dengan 161, dan Negeri Sembilan dengan 158 kes.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 60,752 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,348 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan sedang menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut menunjukkan peningkatan, apabila terdapat 3 kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat pandemik ini kepada 348.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here