Covid-19: Kes sembuh melebihi kes baharu hari ketiga berturut-turut

0
66
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Buat hari ketiga berturut-turut, negara mencatat kes sembuh harian melebihi kes baharu Covid-19, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat sebanyak 1,148 kes dilaporkan sebagai telah sembuh setakat tengah hari tadi.

“Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 50,024 kes. Tahniah dan terima kasih buat semua petugas kesihatan,” kata Dr. Noor Hisham pda satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 1,109 kes dicatat di seluruh negara, dengan 1,099 daripada kes dilaporkan adalah akibat penularan tempatan.

Negeri Sabah mencatat angka kes tertinggi dengan 441 kes, diikuti Selangor dengan 176 kes, dan Negeri Sembilan dengan 167 kes.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan dalam negara kepada 61,861 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,307 kes yang masih diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 113 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 41 daripadanya diberi bantuan p0ernafasan.

Sementara itu, angka kematian turut bertambah kepada 350 apabila 2 kes kematian baharu diterima, dengan masing-masing 1 kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here