Covid-19: Kluster tempat kerja meningkat

0
235
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati sebanyak 65 kluster daripada 158 kluster aktif Covid-19 yang dikesan di negara ini berkait dengan jangkitan di tempat kerja. 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hampir 60 peratus daripada 5,681 kes positif Covid-19 berkait dengan kluster tempat kerja melibatkan 2,312 kes warganegara dan selebihnya adalah bukan warganegara.

“Daripada 158 kluster aktif, sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus adalah berkaitan dengan tempat kerja.

“Hari ini, terdapat dua lagi kluster baharu yang telah dikenal pasti, ujarnya.

“Ia adalah hasil proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja mereka,’’ katanya semasa sidang media hari ini.

Tindakan ini katanya dapat mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM menjalankan aktiviti kesihatan awam.

“KKM berterima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam usaha mengesan kes-kes positif dalam kalangan warga kerja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan empat kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan dua kluster di Sandakan, Sabah; satu di Kuching, Sarawak dan satu di Jasin, Melaka.

Dr. Noor Hisham juga mengumumkan tiga kluster yang telah tamat pada hari ini iaitu Kluster Selasih, Kluster Bah Pengkalan dan Kluster Bah Pasir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here