Covid-19: KP WHO jalani perintah kuarantin

0
68
Dr. Tedros

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani perintah kuarantin susulan dikenalpasti pernah berjumpa dengan indiviu yang disahkan positif Covid-19.

Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

“Saya tidak bergejala dan baik-baik sahaja, namun akan menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari mengikut protokol WHO dan bekerja dari rumah,” kata Tedros.

Bekas Menteri Kesihatan Ethiopia itu, dalam masa yang sama, mengulangi saranan supaya orang ramai mematuhi arahan dan protokol kesihatan seperti yang telah diarahkan kerajaan masing-masing.

“Sangat kritikal untuk kita patuh garis panduan kesihatan. Ini cara kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, menghalang virus ini dan melindungi sistem kesihatan.

“Saya bersama rakan-rakan sekerja WHO akan terus bekerjasama dengan pihak lain dalam solidariti untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi golongan yang berisiko,” kata Tedros lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here