Covid-19: Lelaki berusia 130 tahun korban tertua di Malaysia

0
122
Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Seorang lelaki berusia 130 tahun merupakan korban tertua yang maut akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.

Lelaki tersebut yang bukan rakyat tempatan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran, Sabah tanpa sebarang latar belakang penyakit lain.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lelaki tersebut merupakan salah satu daripada empat kes kematian yang dilaporkan hari ini.

“Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan bukan warga negara berusia empat tahun antara kes kematian dilaporkan hari ini akibat Covid-19.

“Kanak-kanak itu yang juga kes ke-59,135 disahkan meninggalkan dunia di Hospital Tawau, Sabah

“Satu lagi kematian membabitkan lelaki warga tempatan berusia 84 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kematian keempat membabitkan wanita bukan warga negara berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.

Beliau berkata, dengan penambahan kes itu, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 354 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here