Covid-19: Penduduk UK divaksin seawal bulan hadapan

0
41
MATT HANCOCK

LONDON – Penduduk United Kingdom (UK) akan mula diberi vaksin Covid-19 seawal bulan depan, kata Setiausaha Kesihatan negara tersebut semalam.

Menurut Sky News, perkara tersebut diumumkan oleh Matt Hancock yang turut mendedahkan bahawa pihak kerajaan telah mula mendapatkan kelulusan supaya pemvaksinan tersebut dapat dijalankan.

“Pihak Kerajaan secara rasmi telah mengarahkan Agensi Kawalselia Bahan Perubatan dan Kesihatan (MHRA) supaya menilai vaksin buatan syarikat Pfizer/BioNTech bagi kegunaan segera,” kata Hancock.

Hancock berkata, sekiranya penilaian tersebut berhasil, proses vaksinasi akan bermula pada bulan depan, dengan program secara besar-besaran dijangka bermula pada hujung Disember.

Semalam, syarikat Pfizer mengumumkan bahawa mereka telah membuat permohonan rasmi kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagi mendapatkan kelulusan bagi mengedarkan vaksin buatan mereka bagi kegunaan kecemasan di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here