Covid-19: Rawatan plasma darah tidak berkesan

0
84
GAMBAR HIASAN

BUENOS AIRES – Penggunaan plasma darah bekas pesakit Covid-19 sebagai rawatan pesakit yang menghidap pneumonia yang disebabkan wabak tersebut didapati tidak berkesan.

Menurut Reuters, dapatan ini merupakan hasil satu kajian di Argentina yang melibatkan 333 pesakit yang dipilih secara rawak dan diberi antara dos plasma dan dos plasebo.

Kajian tersebut mendapati, setelah 30 hari diberikan dos tersebut, tidak ada perbezaan besar di antara pesakit yang diberi rawatan plasma dengan pesakit yang diberi plasebo, dengan masing-masing melaporkan kadar kematian sebanyak 11 peratus dan 11.4 peratus.

Kajian seumpama ini pernah dilakukan di India pada pada Oktober lalu, yang mendapati rawatan plasma hanya mengurangkan simptom Covid-19 dalam kalangan pesakit, tetapi tidak mengurangkan kadar risiko kematian selepas 28 hari.

Walaubagaimanapun, menurut pakar yang mengetuai kajian tersebut, Dr. Ventura Simonovich dari Hospital Italiano de Buenos Aires berkata, ada kemungkinan rawatan plasma mampu membantu pesakit yang ‘kurang berisiko’, namun lebih banyak kajian diperlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here