Covid-19 : Sidang Dewan Rakyat dipendekkan sehingga 1 petang

0
195
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Sesi hari pertama persidangan Parlimen Dewan Rakyat akan dipendekkan sehingga 1 petang bermula hari sehingga Khamis ekoran kes positif Covid-19 kakitangan Dewan Negara.

Usul itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).

Perkara itu diputuskan selepas mengambil kira nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak berkenaan dalam kalangan ahli Parlimen.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan menamatkan persidangan pada pukul 1 petang berbanding 5.30 petang seperti kebiasaan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya menasihatkan ahli Parlimen mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak jangkitan.

“Jika mereka berada di tempat sesak, lebih lama mereka di situ maka lebih tinggi peluang untuk mereka dijangkiti.

“Sekiranya terdapat kes positif, maka risiko kebolehjangkitan adalah lebih tinggi… Kami berharap mereka yang menghadiri sesi Parlimen akan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kerana pematuhannya amat penting,” katanya

Jangkitan Covid-19 di Parlimen setakat ini membabitkan tujuh kes antaranya anggota polis bantuan termasuk isteri dan tiga rakan, seorang kakitangan Dewan Negara dan seorang pengamal media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here