Covid-19: Vaksin keluaran Moderna Inc. didapati 94.1 peratus berkesan

0
84

NEW YORK – Firma farmaseutikal Moderna Inc. akan memohon kebenaran daripada badan regulatori perubatan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah bagi penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 keluarannya hari ini.

Menurut Reuters, permohonan itu berikutan laporan fasa 3 ujian klinikal menunjukkan vaksin yang mereka hasilkan mempunyai 94.1 peratus keberkesanan.

Laporan yang sama menyebut vaksin tersebut mempunyai 100 peratus keberkesanan dalam menghalang kes daripada menjadi lebih parah.

“Kami percaya vaksin yang kami hasilkan adalah amat berkesan.

“Data yang kami ada membuktikannya,” kata Ketua Pengarah Perubatan Moderna, Dr. Tal Zaks.

Moderna menjadi firma kedua selepas Pfizer dan rakan kongsi mereka, BioNTech SE memfailkan permohonan penggunaan kecemasan bagi vaksin keluaran mereka, minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here