Dipaksa makan najis dan dipukul kerana cabul gadis

0
458
Tangkap layar video insiden yang menjadi tular di media sosial.

NEW DELHI – Sudahlah kena pukul, dipaksa pula makan najis manusia.

Itulah ‘hadiah’ yang diterima oleh seorang lelaki akibat mencabul kehormatan seorang gadis di Dholpur, Rajasthan baru-baru ini.

Menurut laporan agensi Press Trust of India (PTI), video lelaki tersebut dipukul oleh ahli keluarga mangsa dan dipaksa makan najis itu turut menjadi tular di media sosial.

Kata pihak berkuasa, kejadian itu berlaku malam Khamis lalu apabila suspek mencabul seorang gadis di sebuah rumah.

“Dia ditangkap ahli keluarga gadis itu sebelum dipukul.

“Mereka juga memaksanya makan najis,” kata polis Baseri, Bane Singh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here