Dua terbunuh dalam insiden helikopter ringan terhempas

0
467
Anggota bomba sedang cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam helikopter yang terhempas di Taman Melawati, pagi tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dilaporkan terbunuh dalam insiden helikopter ringan terhempas di Taman Melawati, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha, mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai Mohd. Sabri Bahrom dan Mohd Irfan Rawi.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” kata Mohamad Farouk.

Sementara itu, siasatan awal mendapati, berlaku pertembungan di udara antara dua buah helikopter.

Salah sebuah daripada helikopter yang terlibat dalam insiden itu bagaimanapun berjaya melakukan pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berdekatan tempat kejadian.

Dua mangsa yang berada di dalam helikopter tersebut, mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan lanjut mengenai punca kejadian akan dilakukan oleh DCA,” kata Mohamad Farouk lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here