Durian runtuh buat penjawat awam Johor

0
178

CYBERJAYA- Berita gembira buat penjawat awam di Johor kerana mereka akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor,  Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 dalam Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14 hari ini.

Bantuan Khas Kewangan berkenaa akan dibayar sebelum akhir tahun ini. 

Hasni dalam pembentangan itu berkata, penjawat awam persekutuan yang dibayar gaji Kerajaan Johor turut menerima Bantuan Khas Kewangan berkenaan. 

“Bantuan Khas Kewangan itu juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA, petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here