Ebit Lew bantu pengusaha bas sekolah terjejas pandemik

0
549

 

Sesi bantuan barangan keperluan yang disampaikan oleh Ebit Lew kepada kira-kira 250 pengusaha bas sekolah di Shah Alam, kelmarin. Foto : FB Ebit Lew.

CYBERJAYA – Penutupan sesi persekolahan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Diperketatkan (PKPB/PKPD) menyebabkan ribuan pengusaha bas dan van sekolah di seluruh negara terjejas pendapatan.

Menyedari nasib yang menimpa golongan itu, Ebit Lew baru-baru ini tampil membantu kira-kira 250 orang pemandu bas sekolah dalam satu pertemuan di Shah Alam melalui sumbangan barangan dapur dan wang saku.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit berkongsi kesedihan dengan para pengusaha bas sekolah yang terputus pendapatan sehingga ada yang terpaksa beralih kepada perkhidmatan penghantaran barang.

“Sayu sebak apabila pemandu bas sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang pemandu. Saya bungkus dari Elewsmart tadi (kelmarin).

“Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja,” katanya.

Ebit Lew menyerahkan barangan keperluan daripada rangkaian perniagaannya, Elewsmart kepada pengusaha bas sekolah. Foto : FB Ebit Lew.

Lebih menyedihkan kata Ebit, ada dalam kalangan pengusaha yang sudah keputusan wang perbelanjaan untuk menanggung keluarga kerana perkhidmatan yang ‘terputus’ sepanjang tahun ini.

“Tahun 2020 cuma enam bulan ada pendapatan, enam bulan lagi langsung tiada pendapatan. Enam bulan nak tampung setahun, macam mana untuk kelangsungan hidup.

“Sekarang nak mulakan perniagaan bukanlah senang…Ya Allah, syarikat besar pun banyak tutup,” kongsinya lagi.

Sehubungan itu, Ebit menyeru orang ramai supaya tampil bersama-sama mengurangkan beban ditanggung golongan pemandu bas sekolah di negara ini dengan apa cara yang termampu.

“Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. 

“Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita,’’ katanya. 

Kumpulan pengusaha bas sekolah yang terjejas pendapatan sejak penularan pandemik Covid-19.
Foto : FB Ebit Lew.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here