Ebit Lew hiba dengar perjuangan anggota PGA di sempadan

0
145
Ebit Lew melawat pos kawalan sempadan negara di Padang Besar, Perlis.

CYBERJAYA – Penceramah bebas, Ebit Lew hiba mendengar pengorbanan mendiang Sarjan Baharuddin Ramli,54, yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di Padang Besar, Perlis baru-baru ini.

Ebit Lew yang meluangkan masa melawat pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand kelmarin berkata, pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berjuang sehingga kehabisan peluru membuatkan beliau sedih dan terharu.

“Menembak sehingga habis peluru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas.

“Sedang kita tidur lena dan makan sedap mereka jaga negara 24 jam. Bergilir kerja tanpa waktu masa. Berjauhan dengan keluarga.

“Sebulan dan lebih duduk dalam hutan ini. Musim PKP ini lagi ada yang langsung tak jumpa anak isteri lagi,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Ebit Lew melawat pos kawalan sempadan negara di Padang Besar, Perlis.
Anggota PGA terharu menerima kunjungan Ebit Lew.

Ebit Lew berkata, selepas melihat sendiri tempat kejadian, beliau kagum dengan keberanian setiap anggota PGA yang mengawal sempadan negara.

“Bila ke kawasan kejadian terasa suasana yang lain. Ada sebahagian tembok dan ada bahagian pagar. Memang terasa keberanian barisan hadapan negara ini.

“Terharu pengorbanan mereka. Sebak dengar kisah saat akhir pejuang negara ini,”katanya.

Dalam insiden awal pagi Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Kejadian berbalas tembakan berulang keesokan harinya, apabila seorang anggota Batalion 3 PGA dilaporkan cedera di perut selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M16 Bukit Kayu Hitam.

Ebit Lew melawat pos kawalan sempadan negara di Padang Besar, Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here