Elakkan keraguan, utamakan kedai milik Muslim

0
305
Penguatkuasa KPDNHEP menyerbu sebuah restoran makanan terkenal di Subang semalam susulan menerima aduan orang ramai berhubung hidangan mi kari daging babi

CYBERJAYA – Umat Islam digesa mengutamakan dengan membeli di restoran dan kedai runcit milik usahawan Muslim bagi mengelakkan sebarang pembelian yang meragukan.

Menurut Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Nor Izzat Johari, ini susulan tersebar dakwaan bahawa terdapat rangkaian restoran terkenal menghidangkan mi kari daging babi.

“Siasatan sedang dijalankan dan jika selesai siasatan, isu ini akan berlalu pergi.

“Saya mungkin akan lakukan lawatan kerja ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bertanya beberapa kes dan status siasatan ke atas kilang kicap, kilang mi dan restoran popular ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam tular satu video daripada pelanggan restoran tersebut yang mendakwa mi yang dipesan melalui kawannya mengandungi daging babi.

Susulan dakwaan itu pihak KPDNHEP Selangor telah turun padang untuk menyiasat dakwaan itu dan mengambil sampel mi kari berkenaan.

Sehubungan itu, Nor Izzat yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat menasihatkan orang ramai khususnya memilih kedai makanan milik usahawan Muslim bagi mengelakkan sebarang keraguan.

“Kepada umat Islam, sekali lagi saya ingin berpesan. Utamakan produk Muslim atau teruskan gerakan BMF untuk diri sendiri dan keluarga.

“Makanlah di kedai-kedai makan milik Muslim. Membelilah di kedai runcit Muslim. Pilihan ditangan anda semua,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here