Facebook tawar sokongan video paparan 4K

0
113
Penyelarasan resolusi sehingga 2160p atau 4K yang ditawarkan Facebook

KUALA LUMPUR – Gergasi laman sosial, Facebook kini menawarkan fungsi paparan video dengan resolusi sehingga 4k berbanding format 720p sebelum ini.

Melalui kemaskini terbarunya, Facebook menawarkan pilihan resolusi sehingga 2160p untuk video yang dimuat-naik ke platform mereka.

Tawaran terbaharu Facebook itu membolehkan pengguna menikmati dan memuat naik video dengan kualiti yang jauh lebih baik.

Penyertaan Facebook dalam ‘bandwagon’ 4K di laman penstriman video bakal menyaksikan lebih banyak kandungan video berkualiti dimuatnaik ke platfom itu seperti YouTube, Vimeo dan DailyMotion.

Berbanding Facebook, fungsi 4K pada YouTube telah diperkenalkan kira-kira 10 tahun lalu manakala fungsi pengstriman Live 4K kira-kira 4 tahun kemudian.

Resolusi 4K turut disediakan melalui perkhidmatan Messenger.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here