Gambar pekerja warga asing pakai gelang pink sebenarnya hanya ‘terkurung’ di tapak pembinaan

0
203
Salah satu gambar yang tular di media sosial semalam menunjukkan seorang pekerja asing memakai gelang pink di tapak pembinaan

CYBERJAYA – Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan dua gambar yang tular menunjukkan pekerja warga asing berkeliaran di tapak pembinaan dengan memakai gelang pink sebenarnya adalah individu yang disaring bagi tujuan pemantauan sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, berikutan itu mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara dan untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.

Bagaimanapun, mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan pemantauan bukan saringan kontak rapat.

“Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak bina.

“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis ibu pejabat daerah Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.

Dalam pada itu, katanya, pemaju tersebut juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi pada 13 sehingga 15 November lalu.

“Pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November lalu, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.

“Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” katanya.

Katanya, sebanyak lapan orang telah dikuarantin selama 14 hari sehingga 20 November ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here