
ROTTERDAM – Seperti babak akhir dalam filem aksi. Itulah insiden yang disaksikan penduduk di bandar ini apabila tren tersasar dari landasan nyaris terjunam ke dalam tasik.
Lebih dramatik apabila gerabak depan tren berkenaan kelihatan seolah-olah tersangkut ketinggian kira-kira 25 meter setelah ‘diselamatkan’ oleh replika ekor ikan paus yang dibina dihujung landasan.
Dalam kejadian Isnin lalu, pemandu tren berkenaan dilaporkan terselamat setelah tren yang dipandu merempuh hujung landasan dan berhenti tepat di atas pelepah ekor paus.
Media tempatan melaporkan, kejadian itu menarik perhatian orang ramai dalam kerisauan pihak berkuasa membendung penularan wabak Covid-19.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Carly Gorter berkata, pihaknya masih mengkaji kaedah terbaik untuk menurunkan gerabak yang tersangkut pada paus berkenaan.

