GPMS sifatkan UMANY bacul

0
309
Mohd. Alif Anas Md Noor

CYBERJAYA – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat mereka pada 30 Oktober lalu sebagai bacul dan seolah-olah seperti baling batu sembunyi tangan.

Presiden GPMS, Mohd. Alif Anas Md Noor berkata, ini kerana tindakan melampau yang dilakukan oleh persatuan itu bukan yang pertama kali dan ia perlu dihentikan melalui amalan undang-undang.

“Dalam pada masa yang sama, UMANY dilihat cuba mengalihkan pandangan masyarakat bahawa mereka adalah golongan yang ditindas apabila menuduh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahgunakan kuasa dan bertindak melampaui hak asasi manusia.

“Ini adalah tindakan bacul dan sekali lagi mencabar prinsip kedaulatan undang-undang di dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Alif berkata, GPMS bertegas tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat oleh semua cawangan dan ahli GPMS seluruh negara.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga menyeru pihak polis supaya tidak tunduk dengan permintaan UMANY supaya pihak polis menghentikan siasatan.

“Siapa UMANY untuk menentukan gerak kerja dan siasatan pihak Polis?

“GPMS sekali lagi bertegas bahawa UMANY perlu disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimeda 1998 kerana menyebar kebencian terhadap Yang Dipertuan Agong.

“Jika tindakan tidak diambil oleh pihak berkuasa, GPMS bimbang lebih ramai individu mahupun kumpulan-kumpulan pelampau seperti UMANY akan membuat kenyataan-kenyataan yang menghina dan mempersenda isu-isu sensitif seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Alif berkata, GPMS juga telah menghantar surat rasmi kepada Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya supaya universiti itu mengharamkan UMANY sebagai sebuah persatuan mahasiswa di Universiti tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here