GST bakal diperkenalkan semula?

0
136

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji langkah menambah pendapatan negara, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Bernama, perkara tersebut didedahkan dalam satu nota kepada media oleh Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research, susulan dialog bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lepas.

Selain memperkenalkan semula GST, antara langkah lain yang sedang dikaji termasuk menganalisa kelemahan dalam sistem percukaian yang sedia wujud dan impak pengenalan cukai baharu terhadap ekonomi, rasionalisasi insentif percukaian, kajian terhadap pengenalan cukai baharu seperti cukai karbon dan cukai digital, dan memperkemaskan pengurusan percukaian.

“Masa (pengenalan) adalah penting terutamanya melibatkan cukai baharu supaya tidak mengganggu proses pemulihan ekonomi.

“Tahun 2021 adalah tahun peralihan daripada (waktu) krisis kepada pemulihan,” jelas nota tersebut tersebut yang memetik Tengku Zafrul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here