Helikopter ringan terhempas di Taman Melawati

0
2801
Orang awam sedang membantu dua mangsa yang terperangkap. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter dilaporkan jatuh terhempas di Taman Melawati, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi.

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan pertembungan dua buah helikopter di udara. Salah sebuah helikopter yang terlibat berjaya membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berdekatan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai sebarang kemalangan jiwa.

Namun, difahamkan, helikopter tersebut membawa dua penumpang.

Salah sebuah helikopter yang terlibat berjaya membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berdekatan. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here