Hilang 10 kg dalam masa 2 bulan dengan Atkins Sury

0
709
Surianti Sobri menunjukkan produk keluarannya, Atkins Chocolate Mocha yang membantu mengurangkan berat badan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak penularan pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi pelbagai impak psikologi bahkan menyebabkan peningkatan masalah obesiti dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Dengan pergerakan fizikal yang semakin terhad tanpa riadah dan sukan, kesedaran tentang pengurusan berat badan kini menjadi satu lagi masalah yang mengundang risiko penyakit kritikal seperti diabetes dan serangan jantung.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari lalu mendedahkan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang maut akibat diabetes setiap tahun menunjukkan betapa serius tahap kesihatan masyarakat dunia berikutan pandemik Covid-19.

Di Malaysia pula, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 pula mendapati 30.4 peratus daripada orang dewasa berdepan dengan masalah berat badan berlebihan manakala 19.7 peratus lagi dikesan mengidap obesiti.

Menyedari kepentingan mengekalkan berat badan, Atkins Sury tampil memperkenalkan minuman pelangsing berperisa coklat yang dikatakan dapat membantu menurun dan mengawal berat badan.

Pengarah Atkins Sury, Surianti Sobri berkata, minuman yang mengandungi kolagen, estrak delima dan gracinia (asam keping) itu dapat membantu mengawal berat badan di samping mengekalkan awet muda.

“Kandungan utama dalam minuman berperisa mocha ini adalah coklat, kolagen dan serat (fiber) yang mempunyai fungsi baik kepada badan.

“Selain coklat yang membantu mengurangkan stres, kandungan gracinia juga diketahui sebagai amalan turun-temurun masyarakat kita untuk mengawal kalori dan merendahkan kadar metabolisme badan,’’ katanya.

Hilang 10 kg dalam masa 2 bulan dengan Atkins Sury

Menurut Surianti, setiap pek Atkins Chocolate Mocha Colagen mengandungi 15 paket seberat 20 gram yang boleh dinikmati setiap hari dan didatangkan dengan sebuah shaker (penggongcang).

“Penggunaan yang disyorkan adalah satu pek setiap hari sebelum sarapan pagi dengan bancuhan 150 mililiter air suam.

“Minuman ini juga adalah pemberi tenaga yang sesuai untuk lelaki dan wanita,’’ katanya.

Bagi membantu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan katanya, pelanggan disediakan dengan khidmat rundingan melalui aplikasi Telegram yang berkongsi pelbagai panduan permakanan dan senaman selama 3 bulan.

“Setiap pelanggan akan dimasukkan ke dalam program rundingan selama tempoh tiga bulan untuk mendapatkan panduan kesihatan dan sesi soal jawab.

“Sebagai imbuhan, kami juga menyediakan hadiah kepada pelanggan yang berjaya menurun 5 kilogram (kg) berat badan dalam masa 3 bulan,’’ katanya.

Surianti berkata, harga bagi setiap botol Atkins Chocolate Mocha Colagen adalah RM99.90 Semenanjung Malaysia dan RM109.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Berkongsi pengalaman menggunakan produk itu, Surianti berkata dia berjaya mengurangkan 10 kg berat badan dalam masa 2 bulan melalui pengambilan produk itu sejak PKP yang lalu.

Produk Atkins Chocolate Mocha yang boleh diminum untuk lelaki dan wanita.

Selepas melihat sendiri keberkesanan produk itu katanya, beliau mengambil keputusan untuk memasarkan minuman coklat itu.

“Semuanya bermula selepas saya diserang strok yang menyebabkan sebelah badan saya lumpuh. Selepas pulih, saya dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan berat badan.

“Selepas mengamalkan minuman coklat berkolagen dan rutin senaman, berat saya turun daripada 86 kg kepada 64 kg,” katanya.

Tambahnya, kesan yang sama juga diperolehi anak perempuannya yang turun 20 kg dalam masa beberapa bulan selepas melahirkan anak pada September lalu.

Selepas beberapa bulan diperkenalkan, Surianti kini dalam usaha memperluaskan pasaran dengan mencari ejen jualan.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai produk boleh diperolehi di laman Facebook Hq Atkins Sury atau menghubungi talian 014-9297578 (Sury).

Atkins Chocolate Mocha yang dijual pada harga RM99.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM109.90 bagi Sabah dan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here