Ibu, ayah dan adik Alif Satar turut positif Covid-19 – Pengurus

0
249

KUALA LUMPUR – Pengurus Alif Satar mengesahkan, tiga lagi anggota keluarga penyanyi tersebut iaitu ibu, ayah dan adiknya turut disahkan positif Covid-19.

Menurut portal Astro Awani, pengurus Alif, Adlina turut berkata, isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.

“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” kata Adlina ketika dihubungi.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Pada Ahad, Alif yang juga pengacara program Big Stage terbitan Astro memaklumkan, dia didapati positif pandemik tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here