Insiden Vienna: Hanya seorang penyerang terlibat

0
91
Orang ramai melihat kalungan bunga dan liliin yang diletakkan di lokasi mangsa yang terbunuh dalam serangan kegansan tersebut. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

VIENNA – Kerajaan Austria mengesahkan insiden keganasan yang terjadi di ibunegaranya baru-baru ini dilakukan oleh seorang penyerang sahaja.

Menurut Reuters, perkara tersebut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Austria, Karl Nehammer.

“Kesimpulan ini adalah berdasarkan analisis lebih daripada 200 rakaman video telefon bimbit para saksi,” kata Nehammer dalam satu sidang akhbar, semalam.

Beliau turut menambah, pihak keselamatan Austria turut ‘melakukan beberapa kesilapan dalam menganalisa maklumat perisikan’ bagi mengelakkan insiden seperti itu daripada terjadi.

Difahamkan, pada Julai lalu, pihak perisikan Slovakia telah berkongsi maklumat bahawa penyerang tersebut pernah cuba untuk membeli bekalan peluru namun gagal.

Dalam insiden pada Isnin lalu itu, sebanyak empat orang terbunuh, manakala 23 lagi tercedera apabila seorang individu melepaskan tembakan secara rambang menggunakan selaras AK-47 dan sepucuk pistol.

Laporan media menyebut, penyerang berumur 20 tahun itu mati ditembak selepas 9 minit kejadian tersebut bermula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here