Iran nafi pembunuhan pemimpin nombor dua al-Qaeda

0
63
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh.

TEHRAN – Iran hari ini menafikan dakwaan bahawa perisik Israel telah berjaya membunuh pemimpin nombor 2 kumpulan pengganas al-Qaeda di negaranya.

Menurut portal al-Jazeera, penafian tersebut dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh.

Semalam, portal The New York Times mendedahkan kejayaan perisikan Israel membunuh Abdullah Ahmed Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Abu Muhammad al-Masri di Tehran pada 7 Ogos lalu.

Media tempatan hari ini mendedahkan, mangsa yang terbunuh adalah seorang profesor sejarah dari Lebanon, Habib Daoud, bersama anak perempuannya, Maryam.

Pada masa yang sama, satu laporan dari Lebanon menyebut, Habib merupakan seorang anggota Hezbollah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here