Itu fitnah – Ismail Sabri

0
291
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan gambar yang ditandanya dalam bulatan dari dua sisi berbeza yang menunjukkan semua individu yang hadir dalam pertemuan itu mematuhi SOP PKPP.

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar pihak yang dengan sengaja menggunakan beberapa keping gambar beliau bersama beberapa individu lain untuk ‘menyerangnya’ sebagai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berada di Melaka, kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, pihak berkenaan dengan sengaja menunjukkan gambarnya bersama Ketua Menteri Melaka serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dari sisi lain seolah-olah tiada penjarakan sosial dipatuhi.

“Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya dan Ketua Menteri Melaka serta Speaker DUN Melaka sewaktu saya melakukan lawatan kerja ke Melaka Sabtu lepas.

“Kononnya tiada penjarakan sosial antara kami. Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan,” katanya sambil menunjukkan kedudukan sebenar mereka ketika mengadakan pertemuan itu dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.

Semalam, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan seolah-olah Naib Presiden UMNO itu melanggari SOP penjarakan sosial.

Orang ramai rata-rata mengecam mereka yang berada dalam gambar itu kerana tidak mematuhi SOP ketika kes Covid-19 semakin meningkat naik setiap hari.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here