Jojo Shoes tawar diskaun hingga 70 peratus sempena promosi Jualan Rasa Sayang

0
74
Muhammad Hafiz Mohtar Rasali menunjukkan kasut yang terdapat di Jojo Shoes

RAUDHAH CITY – Butik kasut jenama Jojo Shoes yang terletak di pusat beli belah Malakat Mall, Cyberjaya menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus untuk kasut terpilih kepada pelanggannya.

Pengurus jenama Jojo Shoes, Muhammad Hafiz Mohtar Rasali berkata, tawaran itu yang bermula kelmarin akan berakhir pada 31 Disember ini.

“Kami menjemput orang ramai datang ke Jojo Shoes bagi membeli pelbagai jenis kasut yang terpilih pada harga berpatutan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Muhammad Hafiz berkata, rekaan kasut yang dihasilkan oleh Jojo Shoes sangat selesa dipakan dan setanding dengan rekaan jenama luar yang lain.

Pada masa sama, katanya, setiap kasut yang dihasilkan juga berkualiti tinggi dan direka mengikut fesyen semasa.

“Kasut yang dihasilkan adalah berkualiti dan materialnya memang terbaik selain harga mampu milik untuk semua pelanggan.

“Selain itu, pihak pengeluar juga menggunakan teknologi terkini untuk mencipta pelbagai jenis kasut selain menepati citarasa masa kini,” katanya.

Butik Jojo Shoes menawarkan diskaun sehingga 70 peratus
Sebahagian kasut yang terdapat di Jojo Shoes

Menurut Hafiz lagi, kasut yang ditawarkan di Jojo Shoes sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak seawal usia empat tahun sehingga warga emas berusia 50 tahun.

Ditanya mengenai harga, Muhammad Hafiz berkata, pelanggan tidak perlu bimbang kerana harga ditawarkan mampu milik kepada semua golongan.

“Orang ramai jangan bimbang dengan harga kasut di Jojo Shoes kerana kami menawar harga mampu milik tetapi berkualiti tinggi,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here