Juara Pertandingan Mee Boddo berjaya habiskan tiga pinggan mi berbeza tahap kepedasan dalam tempoh 6 minit

0
495
Hanafi Khairi Jaafar (tiga dari kanan) dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menghabiskan tiga pinggan mi dalam Pertandingan Mee Boddo di Malakat Food Street hari ini

RAUDHAH CITY – Berjaya menghabiskan tiga pinggan mi yang mempunyai tiga kategori kepedasan berbeza dalam tempoh enam minit berjaya menobatkan seorang lelaki sebagai pemenang Pertandingan Mee Boddo anjuran Malakat Mall di pusat beli belah itu di Cyberjaya hari ini.

Juara pertandingan itu, Hanafi Khairi Jaafar berjaya menewaskan 15 peserta lain yang turut mengambil bahagian sempena majlis perasmian Malakat Food Street di pusat beli belah itu.

Menurut Hanafi Khairi, dia menyertai itu secara suka-suka dan tidak menyangka berjaya memenangi pertandingan itu.

“Masa awal-awal makan tahap kepedasan mi ini biasa saja, tapi masuk sahaja pinggan terakhir tahap kepedasannya memang pedas sangat tapi saya tetap habiskan mi ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Salah seorang peserta berbangsa Arab yang turut menyertai pertandingan itu
Gelagat peserta yang menyertai Pertandingan Mee Boddo di Malakat Food Street hari ini

Dengan kemenangan itu, Hanafi berjaya membawa pulang baucar makanan di restoran It’s Thai bernilai RM200.

Pemenang pertandingan itu perlu menghabiskan tiga pinggan mi yang mempunyai tahap kepedasan berbeza iaitu pedas, lebih pedas dan luar biasa pedas mengikut turutan dan paling cepat.

Mee Boddo yang terkenal di Melaka merupakan salah satu menu baharu yang disediakan di Malakat Food Street pada waktu sarapan pagi.

Dalam pada itu, menurut pemenang kedua pertandingan itu, Hazim Aziz, tahap ketiga mi tersebut yang popular di Melaka memang sangat pedas namun, dia berjaya juga menghabiskan ketiga-tiga pinggan mi tersebut.

“Tahap kepedasan ketiga mi ini seperti dua kali ganda kepedasan mi ramen, memang pedas mi ini,” katanya yang berjaya membawa pulang baucar It’s Thai bernilai RM100.

Sementara itu, Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan salah satu aktiviti sempena perasmian Malakat Food Street.

Beliau kata, ‘food street’ tersebut menawarkan lebih 500 hidangan dengan harga sangat yang berpatutan.

“Saya faham kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun kita masih boleh datang ke pusat beli belah.

“Orang ramai boleh datang menjamu selera di sini pada setiap hari bermula pukul 4 petang sehingga 10 malam,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here