Jururawat didakwa bunuh 8 bayi

0
209
Lucy Letby yang didakwaatas tuduhan menyebabkan kematian 8 bayi di Hospital Countess of Chester.Foto : DailyMail.

London: Seorang jururawat di United Kingdom (UK) didakwa atas pembunuhan lapan orang bayi dengan cubaan membunuh 10 lagi bayi di Unit Neonatal Hospital Countess of Chester di sini.

Lucy Letby, 30, dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2015 hingga 2016.

Suspek pertama kali ditahan oleh Polis Cheshire pada tahun 2018 ekoran lonjakan jumlah kematian di hospital berkenaan dan dibebaskan tanpa dakwaan.

Memetik laporan DailyMail, polis Cheshire berkata, suspek terbabit ditahan pada Selasa dan didakwa selepas memperoleh keizinan pihak pendakwaan.

Berikutan penangkapan itu, kediaman graduan Universiti Chester di kawasan Blacon dekat Chester turut digeledah polis.

Dalam wawancara dengan akhbar Chester & District Standard pada 2013, jururawat itu mengatakan dia terlibat dalam penjagaan bayi yang memerlukan pelbagai tahap sokongan.

Sebelum berkhidmat secara sepenuh masa di hospital itu, Lucy pernah menjalani latihan praktikal selama tiga tahun pada 2011.

Hospital Countess of Chester . Foto : DailyMail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here