Kadar pinjaman PTPTN bagi penuntut diploma B40 dinaikkan – Dr. Noraini

0
170
DR. NORAINI

KUALA LUMPUR – Had jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar B40 melanjutkan program diploma di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dinaikkan daripada RM6,800 kepada RM8,000 bagi setiap semester.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Pada masa sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS daripada keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021,” kata Dr Noraini.

Beliau kemudian berkata, kementerian akan mengkaji cadangan untuk mengecualikan faedah pinjaman dan diskaun bayaran balik dalam tempoh moratorium selain memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.

“Perkara itu masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan sebab apa juga tindakan oleh PTPTN adalah tertakluk juga kepada kelulusan Kementeri Kewangan kerana sumber dana adalah daripada kementerian itu,” tambah Dr. Noraini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here