“Kami akan bertindak balas” – Presiden Iran

0
268
HASSAN ROUHANI

TEHRAN – Iran berjanji akan bertindak balas terhadap pembunuhan saintis nuklearnya ‘pada masa yang sesuai’.

Menurut Reuters, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani ketika muncul di kaca televisyen tempatan, hari ini.

“Kami adalah lebih bijak daripada terpedaya dengan perangkap yang diletakkan oleh rejim Zionis (Israel).

“Iran akan bertindak balas terhadap kematian saintis tersebut pada suatu masa yang sesuai,” kata Rouhani.

MOHSEN FAKHRIZADEH

Semalam, Mohsen Fakhrizadeh yang dianggap sebagai ‘bapa nuklear Iran’ meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan setelah diserang oleh empat lelaki yang belum dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, media tempatan mendakwa serangan tersebut dilaksanakan oleh anggota Kidon, salah sebuah unit pihak perisikan Israel, Mossad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here