Kanak-kanak maut dicampak datuk tiri

0
757
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dipercayai akibat dicampak datuk tirinya ke bawah sebuah apartment di Danau Kota, Setapak hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid, lelaki warga Nigeria berusia 42 tahun itu tersebut berjaya ditangkap orang ramai.

“Siasatan kes mendapati suspek warga Nigeria itu telah berkahwin dengan seorang perempuan Melayu tempatan berusia 49 tahun dan tinggal bersama empat anak tiri, seorang anak sendiri dan seorang cucu tiri di unit apartmen tersebut.

“Punca kejadian disebabkan suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu dan telah dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain,” kata Nik Ros Azhan.

Berang dengan kejadian, suspek telah mengamuk dan memukul dan menghentak kesemua mangsa termasuk mangsa yang meninggal dunia yang turut berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian, katanya lagi.

Isteri dan anak-anak suspek cuba menyelamatkan diri dan lari keluar dari rumah untuk dapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, melihat mangsa menjerit dan meminta tolong, suspek telah mengangkat mangsa yang ketika itu dalam keadaan lemah dan longlai lalu dibawa ke arah tingkap luar di bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

“Kemudian suspek juga telah melompat keluar melalui tingkap yang sama sebelum mengalami kecederaan dan tidak dapat melarikan diri,” kata Nik Ros Azhan.

Beliau menambah, kes diklafikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here