Kelantan wajibkan saringan individu dari zon merah

0
117
Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Individu dari zon merah yang mahu memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhamad berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas dengan bersama beberapa agensi berkaitan semalam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai 9 November hingga 6 Disember.

“Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19.

“Selain itu, sesetengah daripada mereka juga akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam Ahad.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Shafien menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here