Kelulusan moratorium automatik untuk B40

0
733

CYBERJAYA – Kelulusan moratorium pembayaran pinjaman bank diberikan secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil.

Manakala golongan M40 pula hanya perlu buat self-declaration atau pengisytiharan sendiri tanpa perlu sebarang dokumen dan sebagainya.

Bagi yang tidak tergolong dalam segmen di atas, mereka masih boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, moratorium ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia yang terkesan, tidak kira samada daripada golongan B40, M40 atau T20.

“Prinsip utama di sini adalah tanggungjawab dan keadilan. Adakah adil mereka yang kaya dan lebih dari mampu untuk membayar hutang diberikan moratorium? Bukankah lebih baik mereka membayar hutang supaya duit ini masuk ke sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman,” katanya semasa penggulungan Belanjawan 2021 semasa sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here