Kerajaan bercadang laksanakan semula PLKN

0
121

CYBERJAYA- Kementerian Pertahanan bercadang untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telag dimansuhkan pada 2018 oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan kepada kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang menyertai PLKN, kementerian akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri agar program ini dilaksanakan semula.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu tahu mengapa program itu dihentikan dan mencadangkan supaya PLKN diteruskan semula.

Mengulas lanjut dalam sesi penggulungan, Ismail berkata, jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak ditempatkan di pelbagai agensi dan kementerian bagi tempoh 1 tahun mulai 2019 hingga 2020.

“Tujuan pelantikan tersebut ialah bagi memberi peluang kepada pegawai terlibat untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat pekerjaan lain.

“Bagi cadangan agar pegawai ini diserapkan ke dalam kementerian atau agensi kerajaan lain, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya.”

Katanya, pelantikan kontrak secara “soft landing” itu membabitkan 1,394 bekas pegawai latihan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak dan mencadangkan mereka diserap kementerian atau agensi kerajaan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here