Kerajaan dijangka umum Belanjawan lebih besar Jumaat ini

0
195
Tengku Zafrul Abdul Aziz

CYBERJAYA – Kerajaan akan membelanjakan lebih banyak wang tahun depan melalui Belanjawan 2021 yang dijangka akan menerima peruntukan lebih besar berbanding tahun sebelumnya untuk memulakan semula ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah peruntukan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini bagaimanapun tidak dapat didedahkan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara terbitan Sinar Harian hari ini.

Diminta mengulas kebarangkalian kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk projek pembangunan di bawah Belanjawan 2021, Zafrul berkata kerajaan bercadang membelanjakan lebih banyak projek pembangunan seperti itu pada tahun hadapanm sambil menjimatkan wang untuk kos operasi.

“Itu sebabnya Belanjawan 20121 adalah bajet anggaran pengembangan. Untuk perbelanjaan pembangunan, kita harus tambah kerana ada banyak kesan yang baik daripada perbelanjaan pembangunan dalam jangka masa panjang.

“Katakanlah untuk membina hospital atau projek pembinaan apa pun, ia sangat baik kerana mewujudkan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi. Kita perlu belanjakan lebih banyak tapi mengurangkan pembaziran,” katanya.

Zafrul juga menegaskan bagaimana perbelanjaan dapat membantu kerajaan memulihkan ekonomi berdasarkan pengalaman di negara-negara lain.

Bagaimanapun beliau tetap mengingatkan kerajaan perlu lebih bersedia sekiranya keadaan menjadi lebih buruk atau berlaku peningkatan kes Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here