Kerajaan kaji keperluan laksana PKPB hingga akhir tahun ini

0
99
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof

CYBERJAYA – Kerajaan akan meneliti dan mengkaji keperluan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan membabitkan kes Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan di setiap kawasan terbabit, termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.

“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes Covid-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya dalam sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 14 November lalu, kerajaan melaksanakan PKPB selama dua minggu di Lembah Klang berikutan peningkatan kes Covid-19 dan perintah itu dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here