Kerajaan kaji wujudkan kuarters pekerja warga asing

0
80
ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berbincang dengan beberapa kementerian lain termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi mewujudkan kuarters untuk pekerja warga asing di tapak pembinaan.

Menurut menterinya, Tan Sri Annuar Musa, langkah ini merupakan satu kaedah yang sedang dilihat oleh kerajaan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Kadang kala, ada pekerja asing duduk di bangunan yang baru siap dibina, jadi kita tidak mahu situasi ini berlaku lagi.

“Sebelum ini, berlaku penularan di tapak pembinaan Pavilion Embassy ketika gelombang kedua, dan kini berlaku lagi sehingga wujudnya kluster tapak binaan Damanlela,” kata Annuar selepas majlis penyampaian sumbangan kepada persatuan penduduk Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0.

Annuar bertambah, keadaan itu sekali gus membuktikan tempat tinggal buruh asing yang tidak memenuhi piawaian dan syarat boleh mendatangkan bahaya sehingga membawa kepada penularan wabak tersebut.

“Oleh itu, kita akan lihat apakah kaedah yang boleh dipakai termasuk mengadakan tempat tinggal berpusat bagi pekerja asing ini.” tambah Annuar lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here