Kerajaan pertimbang darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik

0
124
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

CYBERJAYA-Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah dan Parlimen Gerik di Perak.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Beliau berkata, kerajaan hari ini telah berusaha sedaya upaya membendung penularan wabak Covid-19 dengan menggunapakai Akta Pencegahan dan Kawalan Berjangkit 1988 (Akta 342) dan pendekatan pengurusan kesihatan awam.


“Namun, negara masih berhadapan dengan penularan wabak COVID-19. Semuasedia maklum, negara berhadapan dengan penularan wabak Covid19 yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

 “Bagi mengelak perkara sama berlaku, kerajaan memutuskan pelaksanaan Proklamasi Darurat Perkara 150 (1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan di Parlimen Batu Sapi bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin berkata demikian dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here